Presiden Amerika Syarikat yang ke 45-47 Donald J. Trump baru sahaja menjatuhkan satu BOM dalam dunia kewangan! Dalam satu pengumuman di Truth Social hari ini, beliau mengumumkan penubuhan “U.S. Crypto Strategic Reserve”, satu langkah berani yang boleh mengubah landskap ekonomi global.

Apa yang Trump Umumkan?

Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan membentuk satu simpanan strategik untuk mata wang kripto, termasuk Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), XRP (Ripple), Solana (SOL), dan Cardano (ADA). Dengan kata lain, kerajaan AS kini secara rasmi masuk ke dalam permainan kripto.

Beliau juga menegaskan bahawa Amerika Syarikat perlu menjadi “Crypto Capital of the World”, satu kenyataan yang memberi isyarat jelas bahawa beliau mahu memimpin industri ini, bukan menghalangnya. Ini bukan sahaja berita besar untuk pelabur kripto, tetapi juga isyarat kepada dunia bahawa AS tidak akan membiarkan China atau negara lain mendominasi teknologi blockchain dan mata wang digital.

Trump menyatakan dalam Truth Social:

“Simpanan Kripto Strategik A.S. akan meningkatkan industri kritikal ini selepas bertahun-tahun diserang secara korup oleh Pentadbiran Biden. Inilah sebabnya saya menandatangani Perintah Eksekutif mengenai Aset Digital yang mengarahkan Kumpulan Kerja Presiden untuk meneruskan Simpanan Kripto Strategik yang merangkumi XRP, SOL, dan ADA. Saya akan pastikan A.S. menjadi Ibu Kota Kripto Dunia. KITA SEDANG ” Making Amerika Great Again!”

Beliau turut menambah:

“Dan, sudah tentu, BTC dan ETH, dan juga mata wang kripto lain yang bernilai, akan menjadi nadi kepada Simpanan ini. Saya juga sangat menyukai Bitcoin dan Ethereum!”

Pasaran Kripto Meletup!

Sejurus selepas pengumuman ini, pasaran kripto meletup gila-gila! Mari kita lihat angka:

  • Bitcoin (BTC): Naik 10% ke $93,883.80
  • Ethereum (ETH): Melonjak 13% ke $2,477.46
  • Solana (SOL): Meledak 19% ke $169.71
  • Cardano (ADA): Naik 50%, akhirnya melepasi $1
  • XRP: Terbang 31% ke $2.83

Total market cap dalam masa kurang dari sejam meningkat lebih $100 bilion!

Apa Makna Ini Untuk Dunia Kripto?

Langkah ini membawa beberapa kesan besar:

  1. Legitimasi Rasmi: Dengan AS mula menyimpan kripto sebagai sebahagian daripada simpanan strategiknya, ia memberi kepercayaan lebih tinggi kepada pasaran.
  2. Institusi Akan Masuk: Syarikat pelaburan besar, bank dan hedge funds akan semakin agresif membeli kripto kerana kerajaan AS sendiri sudah masuk ke dalam permainan.
  3. Regulasi Mungkin Akan Berubah: Trump jelas anti-regulasi berlebihan, dan ini mungkin akan melonggarkan kawalan kerajaan terhadap industri ini, menjadikannya lebih mesra pelabur.

Politik dan Strategi Trump

Jangan silap. Ini bukan sekadar langkah ekonomi. Ini gerakan politik dan strategi yang licik:

  • Trump tahu bahawa ramai pengundi muda dan pelabur kripto mengkritik polisi ketat terhadap kripto sebelum ini.
  • Dengan langkah ini, beliau bukan sahaja menarik sokongan pelabur dan peminat kripto, tetapi juga memastikan AS tidak tertinggal dalam perlumbaan global.
  • Langkah ini juga mencabar Biden dan pentadbiran sebelumnya yang lebih skeptikal terhadap kripto.

Kesimpulan: Kripto Kini Arus Perdana!

Dulu, ramai anggap kripto sebagai sesuatu yang “eksperimental” atau “scam”. Hari ini, Amerika Syarikat secara rasmi menjadikannya sebahagian daripada strategi kewangannya. Ini bukan permainan budak-budak. Ini adalah revolusi kewangan.

Soalan utama sekarang: Anda masih nak tunggu tepi atau dah bersedia untuk masuk ke dalam game ini?

Satu perkara yang pasti – permainan baru sahaja bermula. 🚀

Leave a Reply

Trending

Discover more from Malaysian Crypto Community

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading