
🟠Akaun crypto kena freeze, terus jerit “exchange jahat”… tapi kali ni cerita dia tak semudah tu.
Founder sendiri turun padang sebab user mengaku beli akaun KYC orang lain, bypass undang-undang.
OKX Founder, Star Xu, tampil di X mempertahankan polisi pembekuan akaun selepas seorang pengguna mengaku membeli akaun pihak ketiga yang sudah lengkap KYC. Tujuan dia jelas, nak elak sekatan dan peraturan di China. Bila transaksi mencurigakan dikesan, OKX freeze akaun tersebut ikut prosedur pematuhan.
Menurut Star Xu, pembekuan bukan suka-suka. Ia langkah wajib untuk lindungi exchange, pengguna lain, dan patuh kepada peraturan global AML dan KYC. Akaun yang dibeli atau disalah guna memang dianggap risiko tinggi, sebab identiti sebenar pemilik tak selari dengan aktiviti transaksi.
Beliau tekankan bahawa pengguna yang guna akaun palsu atau beli akaun orang lain sebenarnya meletakkan diri sendiri dalam bahaya. Bila siasatan dibuat, exchange tiada pilihan selain bekukan dana sementara untuk semakan lanjut. Ini bukan isu OKX semata-mata, tapi standard industri crypto hari ini.
Isu ni juga buka mata komuniti tentang realiti crypto 2026, kebebasan masih ada, tapi compliance dah jadi harga masuk. Nak main besar, kena main ikut rules, bukan ikut shortcut TikTok.
Ibarat masuk kelab eksklusif guna IC pinjam, lepas tu marah bila bouncer halau keluar. Bro, salah pintu dari awal.
Crypto bukan playground budak degil, dia medan orang yang faham risiko dan tanggungjawab.
(Source: Cointelegraph, CoinDesk)
#Crypto #Bitcoin #Investing #Strategy #OKX #KYC




Leave a Reply