
š¢ Tahun 2026 baru je bermula, tapi satu isyarat besar dah jelas, kerajaan dan bank tradisional makin serius pandang Bitcoin dan tokenisasi.
Bukan hype Twitter, ini datang daripada ramalan institusi kewangan crypto yang berlesen dan beroperasi dalam sistem TradFi sendiri.
Menurut laporan Cointelegraph, Sygnum menjangkakan tahun 2026 akan menyaksikan pecutan ketara dalam dua perkara utama, penggunaan Bitcoin sebagai rizab oleh pihak berdaulat, dan penerimaan tokenisasi aset oleh gergasi kewangan tradisional. Ini bukan sekadar minat eksperimen, tapi peralihan struktur yang lebih tersusun.
Sygnum melihat trend di mana institusi negara mula menilai Bitcoin bukan sebagai aset spekulatif semata-mata, tetapi sebagai sebahagian daripada strategi rizab jangka panjang. Dalam konteks ini, Bitcoin dilihat sebagai alternatif yang wujud di luar sistem kewangan konvensional, dengan ciri bekalan terhad dan kebolehan pegangan sendiri.
Dalam masa yang sama, bank dan institusi TradFi pula dijangka mempercepatkan penggunaan tokenisasi, iaitu proses menukar aset dunia sebenar kepada bentuk token digital. Ini termasuk aset kewangan sedia ada, yang boleh diurus, dipindah dan diselesaikan dengan lebih cekap menggunakan teknologi blockchain.
Apa yang penting di sini, kedua-dua perkembangan ini berlaku selari. Satu di peringkat negara, satu lagi di peringkat institusi kewangan besar. Ini menunjukkan blockchain dan aset digital bukan lagi berada di pinggir sistem, tetapi sedang diserap masuk ke teras kewangan global.
Sygnum menekankan bahawa penerimaan ini bukan berlaku secara mendadak tanpa kawalan. Ia bergerak dalam kerangka pengawalseliaan, pengurusan risiko, dan keperluan pematuhan yang ketat, selari dengan cara TradFi beroperasi. Pendek kata, bukan lompat masuk, tapi masuk ikut pintu depan.
Kalau nak mudah faham, situasi ni macam bank lama yang dulu hanya terima tunai, sekarang terpaksa sediakan DuitNow dan kad tanpa sentuh. Bukan sebab trend, tapi sebab sistem berubah. Siapa lambat, dia ketinggalan.
(Source: Cointelegraph)
#Crypto #Bitcoin #Investing #Strategy #Tokenization #TradFi




Leave a Reply