Kad Bitcoin dengan logo Lemon dan telefon pintar yang menunjukkan graf harga, latar belakang bendera Argentina dan bangunan bank dengan ticker cryptocurrency.

🟢Bitcoin dah tak duduk dalam wallet saja. Di Argentina, ia dah boleh jadi sandaran kredit, dan di Belgium pula, bank besar mula buka pintu trading crypto secara rasmi.

Lemon, sebuah platform kewangan digital di Argentina, telah melancarkan kad kredit pertama di negara itu yang disokong oleh bitcoin. Kad ini membolehkan pengguna mengakses kredit dengan bitcoin dijadikan sandaran, tanpa perlu menjual pegangan bitcoin mereka. Inisiatif ini menandakan satu langkah praktikal bagaimana aset kripto digunakan dalam sistem kewangan harian, bukan sekadar simpan atau trade semata-mata.

Apa yang penting di sini ialah struktur asasnya. Kredit diberikan, bitcoin digunakan sebagai cagaran, dan pengguna masih pegang aset tersebut. Lemon memperkenalkan konsep ini dalam konteks Argentina, sebuah negara yang memang berdepan isu kewangan dan inflasi, menjadikan penggunaan alternatif kewangan satu keperluan, bukan eksperimen kosong.

Dalam masa yang hampir sama, di Eropah pula, KBC Group mengumumkan bahawa anak syarikat pelaburannya, Bolero, akan menawarkan perkhidmatan beli dan jual kripto secara terkawal untuk pelabur runcit di Belgium. Perkhidmatan ini dijadualkan bermula pada minggu 16 Februari, dan ia adalah perkhidmatan yang beroperasi dalam rangka kerja regulasi sedia ada.

Ini bukan platform kripto bebas. Ini bank tradisional yang bergerak secara berhati-hati, patuh peraturan, dan secara terbuka mengiktiraf permintaan pelabur runcit terhadap aset digital. Untuk pasaran Eropah, langkah ini membawa mesej jelas bahawa kripto semakin diterima sebagai sebahagian daripada ekosistem pelaburan arus perdana.

Bila kita letakkan dua berita ini sebelah menyebelah, satu di Amerika Selatan, satu di Eropah, gambarnya jadi jelas. Kripto sedang diserap masuk ke sistem kewangan sebenar melalui dua pintu utama, penggunaan harian dan pelaburan terkawal. Bukan gimik, bukan hype semata-mata, tapi integrasi berperingkat.

Ibarat duit emas lama-lama dulu, mula-mula orang simpan, lepas tu pajak, lepas tu bank terima. Bezanya sekarang, versi digital, dan kelajuan dia jauh lebih laju. Cuma satu pesanan klasik, bila sistem makin senang, disiplin risiko kena lagi ketat.

(Source: Bitcoin.com)

#Crypto #Bitcoin #Investing #Strategy #Argentina #Belgium

Leave a Reply

Trending

Discover more from Malaysian Crypto Community

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading